Khamis, 8 Disember 2011

BILA RINDU

si kakak dan si adik una

sempena cuti sek.... kedua org anak sy ikut ummi nya balik tangkak...
dah seminggu lebih dah diorg pegi.... ituhari balik ganu jugak
tiap2 jam mesti call,.... 

adik una:  ibu kat mana
ibu: ibu kat umah la...... adik dah mkn belum?
adik una: dah... ummi masak 
abah ade? aisya ada?
ibu: abah keje.... aisya ada kat ibu ni
              adik una:  ibu..... adik rindu kat ibu.... dah lama adik x peluk ibu... adik nak tgok muka ibu
ibu: alaaalaaaalaaa (sebak lak bila dgr dia ckp mcm tu) nanti abah cuti ibu abah amik adik ye
adik una: baik ibu....
dan kami terus beborak......
gambar raya ituhari.....


3 beradik 


seronok mandi air buih.... heheeeeee


lpas bagi salam.... tup2 msg kat phne brbunyi...
 dpt msg dari ummi die...
isi sms tu mcm ni...



Da dengo una tanya sarah... rumah kita jauh ke.... adik nak tgok ibu... 
dia ckp ngan kakak dia nanti adik nak tanya ummi...
belum sempat tanya una tido dulu..

bila baca sms tu sebak rasanya....
sebab si adik una x pnah bpisah... si kakk memang biasa ikut ummi die
lagipun sikak dah besar thun dpan dah 9thun
si adik baru 3 thun lebih.....
pagi tadi hubby balik keje ..
terus bagitau hubby .....
lpastu hubby ajak p kedai komp. cari pc camera....
balik umah terus pasang n skpye dgn anak2...
heheee baby aisya pulak nangis tgok sikaknya...... 
huhuhuuuuuuuuu
lpas tu seronok tgok ragam mereka
heheeeeee 

Baru lepas skype 

semoga anak2ku menjadi anak2 yg solehah....
ibu n abah sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2



Rabu, 7 Disember 2011

TEPUNG BUNGKUS

selamat mlm semua.. dah lewat baru sempat nak update...
ni bekpes pagi tadi punya heheeeeee
dah lama rasanya x mkn kuih ni.....
kalau kat kg ramai yg jual...
sini xde lagi nmpak org jual....
ptg semalam sy ade buat tepung pelita...
sbb sy x brp pndai nak buat sampan
habis ubat steple sy kejekan......
lebihan bancuhan tepung pelita sy jadikan tepung bungkus....
sbb kebetulan 2 hari lpas .....
sy buat puteri mandi.....
inti kelapa sy masak lebih....
blh la djadikan inti tepung bungkus.....
terasa nikmatnya mkn kuih ni.... lemak2 manis
sedappppp.... cik hubby mkn pun laju je.... heheeeee
tu menandakn sedap lah....


nie kuih puteri mandi yg sy buat
2 hari lpas
lebihan kelapa tu lah sy buat inti tuk tepung bungkus

ni lak tepung pelita versi ganu.....
xde warna hijau...... sedapppp

haaaa ni la tepung bungkus....
tapi sy x pandai nak bungkus....
walaupun menbungkus itu adalah pkara yg amat mudah

nyummm nyummmm
sedap lemak2 manis.....

nak resepi ke?
tapi resepinya sama dgn tepung pelita. sebba sy pakai
lebihan bancuhan tepung pelita...

Selasa, 6 Disember 2011

PUDING ESKRIM OREO


ni lama dah buat.... tapi xpe la skrg baru nak masuk dlm blog...
masuk gambar dan resepi je lah.....
xde idea nak menulis....
heheeeeeee

memang sedap sgt2.....
x rugi mencuba....


RESEPI

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim coklat dan strawbery
6 keping (12) biskut oreo ..inti buang
hiasan..sebarang pilihan

Cara

--. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendidih.
--. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
--. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendiduih.
--. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar. lpas tu bahagi pd 2 bahagian
--. Masukkan aiskrim coklat dalam satu adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
--.masukkan biskut oreo yg telah separa hncur kdlm adunan coklat tadi
--.sejukkn dlm esbox sekejap... pastu kuarkan
--. Masukkan eskrim stoberi dlm satu adunan lagi
--. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan stobery keatasnya dan sejukkan dlm esbok
--. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
--. Hidangkan sejuk

TEPUNG PELITA

Dah lama teringin nak makn tepung pelita...
resepi pun dah lama dlm simpanan.... cuma masa nak menerai je lom seru

tapi hari ni terjadi gak tepung pelita....
kalau kawan fb x mintak resepi tadi....
mesti sy pun x buat2 lagi.....
heheeee sebb gara2 terliur...... cpat2 try test buat
nasib baik kat depan umah banyak daun pisang.....
leh la cube....
teringat masa dulu2 kat kampung
kalau bulan puasa memang ramai yg jual ni....
selalu beli je.... kalau beli mesti cepat2 simpan peti....
sebb makan sejuk2 baru sedapppp.....


heheeeee gambar x cantik pun nak masuk blog....
xpe lah sekurang2nya sy mencuba......
memang sy akui.... sy x pandai nak buat sampan tu
mcm2 cara sy buat sampai ubat steple pun habis.....
dah siap buat... masa nak curah air gula tu bocor pulak.... 
hrm,mmmmmm banyak btul dugaaan nak buat kuih ni
tapi dgn nekad nak brkongsi resepi trg style
sy beranikan diri gak tuk buat kuih ni......
hrmmmmm walaupun rupa x cantik... tapi rasa sgt sedap....
kalau kat trg kuih ni xde warna hijau....
semua putih dan dcampur air gula.....
 resepinya sy tipe kat bawah ni...
bagi sape2 nak mncube silakan....

RESEPI
1 cawan tepung beras
43/4 cawan santan dari sebiji kelapa
1/2 sudu kecil garam
daun pisang secukupnya dan dilayurkan atas api
supaya senang nak membentuk

 utk air gula
170g gula pasir
140g air
daun pandan simpul

CARA2

---- masak air gula dahulu 
kemudian masukkn daun pandan yg disimpul
bila gula dah cair angkat dan sejukkan

---- daun pisang dijadikan sampan
------ tepung beras, santan dan garam digaul sebati dan tapis
------ masak diatas dapur skjap je hingga masak
---- masukkn 2 sudu air gula atau lbih kalau suka manis kedalam sampan tadi
------ kemudian masukkn pula adunan tepung tadi memenuhi 1/2 paras daun pisang yg dibuat sampan tu
----- susun sampan tadi kdalam pngukus yg telah dipanaskn dan kukus shingga masak....

selamat mebncuba





Jumaat, 2 Disember 2011

RENCAH IKAN BAKAR

dah lama x update blog....
bila malas mnguasai diri.... hrmmmmmm
hari ni bru tringin nk mngintai blog....
eeeeeeEEEeeeee banyak sepah ini rumah
dah bnyak habuk bersarang... heheeeee
hadoiiiiii penat2 sbb bnyk bnda nk kena buat.....
xpe la .... jom kongsi apa yg ada....
hari ni sy nk kongsi perencah ikan bakar....
sbb ramai jugak yg minta resepi tu....
dulu prencah ni sy jual.... 
skrang dh x jual malas......


resepinya xde sukatan,..... sbb sy buat bnyak tuk bisnes
kalau sesiapa nk mncube silakan
tapi agak2 lah sukatan die....
sy tahu kalian semua pndai masak....
mesti dpt buat buat walaupun xde sukatan

RESEPI

SERAI
BUNGA KANTAN
DAUN KESOM
BWG BESAR X BNYAK TAU
BWG PUTIH PUN X BNYK JUGA
HALIA
CILI PADI
BHN DI ATAS KISAR SAMPAI HNCUR

CILI BOH
GULA MELAKA
BELACAN
SOS TIRAM
HALIA
GARAM
SERBUK PERASA
MINYAK YG BNYAK UTK MENUMIS

CARA2
PANASKAN MINYAK DAN MASUKKN  CILI BOH
MASAK SAMPAI PECAH MINYAK
MASUKKN BHN YG DIKISAR
KACAU RATA....
MASUKKN GULA MELAKA BELACAN SOS TIRAM
GARAM DAN SERBUK PERASA JIKA SUKA
KACAU DGN API PERLAHAN SEHINGGA MASAK....

 SY MASAK 3 KE 4 JAM..... SBB NK SUH THN LAMA...
RENCAH NI KLU MASUK ESBOK 
DIA BLH TAHAN 3 KE 4 MINGGU.....

sila lah mncuba pada yg sudi... insyaAllah sedap


Khamis, 22 September 2011

BAKED HONEY LEMON ROSEMARY CHICKEN

BAHAN2NYA
½ ekor ayam
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap)
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot)
1 biji lemon
garam secukup rasa

CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. sagat kulit lemon (kuning jer. jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. perah air lemon ke dalam mangkuk. tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi. campurkan minyak, madu dan garam. lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. kalau lebih lama lagi elok. bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam. selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. makanlah dengan sos cili. 


Ahad, 31 Julai 2011

PUDING ESKRIM

cuaca yg agak panas memang anak tekak ni minta yg sejuk2 je
hrmmmmmm intai2 kabinet ade serbuk agar2...
dlm esbok de stok eskrim.. hrmmmm 
maka dgn pantas tgan ni melakukan keje2nya.....
dgn senang hati......
terjadilah puding eskrim
hrmmmm selepas di sejukkn
anak2 x sabar nak mkn..... huhuuuuuu
cpat je hbis.... 
rasanya yg agak lembut laju je masuk ke anak tekak....
resepi ni sy amik kat blog chef hanieliza...
memang x sia2 mncube....
ni kali ke 3 dah sy buat....
sbb anak2 suke.....
tu rajin je membuatnya......

resepi  pun sy copy n paste je....
harap puan punya resepi x marah ye....

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu] 
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi sy pakai coklat dan strawbery
pewarna purple saya tak letak pewarne
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.