Selasa, 6 Disember 2011

PUDING ESKRIM OREO


ni lama dah buat.... tapi xpe la skrg baru nak masuk dlm blog...
masuk gambar dan resepi je lah.....
xde idea nak menulis....
heheeeeeee

memang sedap sgt2.....
x rugi mencuba....


RESEPI

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim coklat dan strawbery
6 keping (12) biskut oreo ..inti buang
hiasan..sebarang pilihan

Cara

--. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendidih.
--. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
--. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendiduih.
--. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar. lpas tu bahagi pd 2 bahagian
--. Masukkan aiskrim coklat dalam satu adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
--.masukkan biskut oreo yg telah separa hncur kdlm adunan coklat tadi
--.sejukkn dlm esbox sekejap... pastu kuarkan
--. Masukkan eskrim stoberi dlm satu adunan lagi
--. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan stobery keatasnya dan sejukkan dlm esbok
--. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
--. Hidangkan sejuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan